Saturday, October 30, 2010

HaPpY BiRtHDaY 52th iBu

selamat hari lahir ibu...sorry ibu sebab tak dapat balik kedah untuk celebrate birthday ibu..tapi alhamdulillah la sebab family members yang dekat kedah dah tolong celebratekan..nanti balik nak kena celebrate lagi..nak jadi ceritanya,birthday ibu taun ni dekat2 dengan tarikh final exam aku..ni musin exam la ni...tapi sempat lagi berblogging...it's okay..everything for the sake of ibu..my best ibu ever....

ibu aku ni seorang yang sangattttttttttttttttttttttt tabah...aku kagum dengan ibu aku..ibu ni pantang ada peluang,mesti nak rebut...kadang-kadang,aku malu dengan ibu..sebab ibu ni tak pernah nak rasa mengalah...ibu selalu cakap jatuh sekali tak bermakna jatuh selama-lamanya...aku mali dengan ibu jugak sebab aku tak mampu jadi sekuat dan setabah ibu....ibu lahir dari keluarga yang tidak berada...dibesarkan dalam keadaan cukup-cukup makan..bukan sederhana lagi..tapi susah...aku pula dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..hidup aku tak sesusah ibu..tapi kenapa ibu boleh berjaya lebih dari aku??persoalan yang tak kan terjawab...

lepas ibu grad UPM,ibu jadi seorang guru...tak lama lepas tu,suami ibu iaitu arwah ayah aku meninggal dunia...ibu terpaksa besarkan aku dan abang-abang seorang diri...ibu terpaksa buat macam-macam untuk bagi kesenangan and keselesaan untuk kami tiga beradik..ibu nak kami semua dapat pelajaran yang sempurna..tapi aku tak nampak semua pengorbanan ibu ni dlu...sekarang baru aku nampak and aku hargai sangat-sangat..dekat mana nak cari sorang mak mcm ni...bagi aku,ibuku hanya satu..tidak akan ada pengganti sebaik ibu...

ibu terpaksa bersusah payah untuk start business..masa aku 7 tahun,ibu mula dengan KUMON...masa ni ibu dah pikir yang kami tiga beradik makin membersar and perlukan kehidupan yang lagi sempurna...alhamdulillah..business ibu berjaya..sampai sekarang masih wujud kumon..tapi kumon dahdiambil alih oleh auntie aku..sebab kumon tak bagi ibu buat dua kerja dalam satu masa..kalau kumon takkisah,aku percaya yang ibu tak kan stop kendalikan kumon..ibu ni jenis tak tau duduk diam..semua kerja nak buat...masa aku darjah 1,ibu aku daftarkan aku dekat kumon..tiga2 beradik kami masuk kumon..lepas tu ibu daftarkan kami dekat music class..then tuition persendirian..ibu nak anak-anak dapat pelajara yang sempurna..tapi kami semua tak nampak masa ni...sedih bila ingat baliki mcm mana ibu susah payah cari duit untuk kami semua..ibu keluar kerja pukul 7 Pagi...lepas sekolah je,ibu terus pi kumon...pukul 9.30 malam bru balik..macam tu la ibu hari2...keluar cari rezeki..tapi sekarang ibu dah tak payah pegi kumon..sebab auntie dah tolong..

aku ingat lagi..masa tengah isi UPU online,ibu cakap dekat aku.."farah,ibu teringin sangat nak tengok kamu ambik undang-undang...ibu dulu nak ambik undang-undang tapi tak dak peluang..kamu boleh teruskan kan hajat ibu??"..masa tu aku sangat la takut.taktau nak cakap apa...sebab aku minat accountancy and economics...aku memang suka dua2 bidang tu..aku malas baca buku...suka mengira...last2 aku terima cabaram ibu tu...masa dekat matric uia,aku sampai nangis2 sebab takut tak boleh catch up...nak jaga pointer..lagipun aku tak minat undang-undang...ibu sampai terpaksa call aku selalu..nak bagi semangat..ibu kuatkan semangat aku..alhamdulillah...aku dah masuk main campus uia..dah nak masuk 2nd year 2nd sem...masih jauh perjalanan..insyaAllah aku tak rebah...dulu ibu pernah jugak suruh aku masuk maktab..tapi aku taknak..aku tak minat..sorry ibu...sebab tak dapat penuhi hajat ibu..tapi aekurang-kurangnya hajat ibu untuk aku ambik undang-undang dah aku tunaikan..

ibu ni jenis tak kan mengaku kalah..ni memang perangai ibu yang aku ikut sampai sekarang...aku rasa,kalau ibu ajdi lawyer,ibu memang akan jadi lawer yang baguss...sebba memamng nampak bakat sorang lawyer dekat ibu...ibu suka baca buku...pandai berdebat..pandai main psycho..english pun pandai...malu aku dengan ibu...general knowledge ibu sangat la meluas...banyak benda yang ibu tau tapi aku taktau..padahal aku hidup dekat abad serba moden...ibu ingat lagi..ibu selalu cakap jangan cakap benda yang kita taktau..nanti orang gelakkan kita...ramai je skrg ni aku tgok kawan-kawan aku..cakap mcm tau semua..tapi satu pun tak betul....btol la cakap ibu..aku ingat sampai sekarang...ibu banyak ajar aku etika-etika and ajar aku amcam mana nak jadi orang yang berprotokol..iu tak suka orang jalan lambat..ibu cakap orang jalan lambat ni pemalas...Rasulullah S.A.W pun jalan cepat-cepat jugak...jimat masa...kan2??

ibu tak pernah nak manjakan aku dengan beli semua benda yang boleh rosakkan aku..tapi ibu akan bagi hadiah kalau aku dapat result baik..tp skrg ibu tak bagi dah..haha...ibu memang takkan bagi aku duit untuk beli baju,handphone,handbag,kasut, etc..ibu cakap dekat aku ibu bagi duit untuk makan and blajar ja..nak lebih2 cari sendiri..tp aku tau sebab apa ibu buat semua ni..ibu nak aku rasa mcm mana susahnya nak dapat duit...tu lah pelajaran yang diajar secara tak langsung..

kalau nakcerita pasal ibu,memang tak kan habis...ok la..stakat ni dulu kisah pasal ibu...:) I love Her sooooo muchhh...Happy Birthday Mum...dekat bawah ni semua pics2 ibu.ibu tu seorang ibu dan seorang kawan buat aku..







IDOLAKU SAMPAI KE AKHIR HAYAT-TOKWAN AND IBU





2 comments: