Saturday, October 30, 2010

HaPpY BiRtHDaY 52th iBu

selamat hari lahir ibu...sorry ibu sebab tak dapat balik kedah untuk celebrate birthday ibu..tapi alhamdulillah la sebab family members yang dekat kedah dah tolong celebratekan..nanti balik nak kena celebrate lagi..nak jadi ceritanya,birthday ibu taun ni dekat2 dengan tarikh final exam aku..ni musin exam la ni...tapi sempat lagi berblogging...it's okay..everything for the sake of ibu..my best ibu ever....

ibu aku ni seorang yang sangattttttttttttttttttttttt tabah...aku kagum dengan ibu aku..ibu ni pantang ada peluang,mesti nak rebut...kadang-kadang,aku malu dengan ibu..sebab ibu ni tak pernah nak rasa mengalah...ibu selalu cakap jatuh sekali tak bermakna jatuh selama-lamanya...aku mali dengan ibu jugak sebab aku tak mampu jadi sekuat dan setabah ibu....ibu lahir dari keluarga yang tidak berada...dibesarkan dalam keadaan cukup-cukup makan..bukan sederhana lagi..tapi susah...aku pula dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..hidup aku tak sesusah ibu..tapi kenapa ibu boleh berjaya lebih dari aku??persoalan yang tak kan terjawab...

lepas ibu grad UPM,ibu jadi seorang guru...tak lama lepas tu,suami ibu iaitu arwah ayah aku meninggal dunia...ibu terpaksa besarkan aku dan abang-abang seorang diri...ibu terpaksa buat macam-macam untuk bagi kesenangan and keselesaan untuk kami tiga beradik..ibu nak kami semua dapat pelajaran yang sempurna..tapi aku tak nampak semua pengorbanan ibu ni dlu...sekarang baru aku nampak and aku hargai sangat-sangat..dekat mana nak cari sorang mak mcm ni...bagi aku,ibuku hanya satu..tidak akan ada pengganti sebaik ibu...

ibu terpaksa bersusah payah untuk start business..masa aku 7 tahun,ibu mula dengan KUMON...masa ni ibu dah pikir yang kami tiga beradik makin membersar and perlukan kehidupan yang lagi sempurna...alhamdulillah..business ibu berjaya..sampai sekarang masih wujud kumon..tapi kumon dahdiambil alih oleh auntie aku..sebab kumon tak bagi ibu buat dua kerja dalam satu masa..kalau kumon takkisah,aku percaya yang ibu tak kan stop kendalikan kumon..ibu ni jenis tak tau duduk diam..semua kerja nak buat...masa aku darjah 1,ibu aku daftarkan aku dekat kumon..tiga2 beradik kami masuk kumon..lepas tu ibu daftarkan kami dekat music class..then tuition persendirian..ibu nak anak-anak dapat pelajara yang sempurna..tapi kami semua tak nampak masa ni...sedih bila ingat baliki mcm mana ibu susah payah cari duit untuk kami semua..ibu keluar kerja pukul 7 Pagi...lepas sekolah je,ibu terus pi kumon...pukul 9.30 malam bru balik..macam tu la ibu hari2...keluar cari rezeki..tapi sekarang ibu dah tak payah pegi kumon..sebab auntie dah tolong..

aku ingat lagi..masa tengah isi UPU online,ibu cakap dekat aku.."farah,ibu teringin sangat nak tengok kamu ambik undang-undang...ibu dulu nak ambik undang-undang tapi tak dak peluang..kamu boleh teruskan kan hajat ibu??"..masa tu aku sangat la takut.taktau nak cakap apa...sebab aku minat accountancy and economics...aku memang suka dua2 bidang tu..aku malas baca buku...suka mengira...last2 aku terima cabaram ibu tu...masa dekat matric uia,aku sampai nangis2 sebab takut tak boleh catch up...nak jaga pointer..lagipun aku tak minat undang-undang...ibu sampai terpaksa call aku selalu..nak bagi semangat..ibu kuatkan semangat aku..alhamdulillah...aku dah masuk main campus uia..dah nak masuk 2nd year 2nd sem...masih jauh perjalanan..insyaAllah aku tak rebah...dulu ibu pernah jugak suruh aku masuk maktab..tapi aku taknak..aku tak minat..sorry ibu...sebab tak dapat penuhi hajat ibu..tapi aekurang-kurangnya hajat ibu untuk aku ambik undang-undang dah aku tunaikan..

ibu ni jenis tak kan mengaku kalah..ni memang perangai ibu yang aku ikut sampai sekarang...aku rasa,kalau ibu ajdi lawyer,ibu memang akan jadi lawer yang baguss...sebba memamng nampak bakat sorang lawyer dekat ibu...ibu suka baca buku...pandai berdebat..pandai main psycho..english pun pandai...malu aku dengan ibu...general knowledge ibu sangat la meluas...banyak benda yang ibu tau tapi aku taktau..padahal aku hidup dekat abad serba moden...ibu ingat lagi..ibu selalu cakap jangan cakap benda yang kita taktau..nanti orang gelakkan kita...ramai je skrg ni aku tgok kawan-kawan aku..cakap mcm tau semua..tapi satu pun tak betul....btol la cakap ibu..aku ingat sampai sekarang...ibu banyak ajar aku etika-etika and ajar aku amcam mana nak jadi orang yang berprotokol..iu tak suka orang jalan lambat..ibu cakap orang jalan lambat ni pemalas...Rasulullah S.A.W pun jalan cepat-cepat jugak...jimat masa...kan2??

ibu tak pernah nak manjakan aku dengan beli semua benda yang boleh rosakkan aku..tapi ibu akan bagi hadiah kalau aku dapat result baik..tp skrg ibu tak bagi dah..haha...ibu memang takkan bagi aku duit untuk beli baju,handphone,handbag,kasut, etc..ibu cakap dekat aku ibu bagi duit untuk makan and blajar ja..nak lebih2 cari sendiri..tp aku tau sebab apa ibu buat semua ni..ibu nak aku rasa mcm mana susahnya nak dapat duit...tu lah pelajaran yang diajar secara tak langsung..

kalau nakcerita pasal ibu,memang tak kan habis...ok la..stakat ni dulu kisah pasal ibu...:) I love Her sooooo muchhh...Happy Birthday Mum...dekat bawah ni semua pics2 ibu.ibu tu seorang ibu dan seorang kawan buat aku..







IDOLAKU SAMPAI KE AKHIR HAYAT-TOKWAN AND IBU





Thursday, October 28, 2010

M.O.C.K. T.R.I.A.L (perbicaraan olok2)


ini ialah judge dalam mock trial kami...nama dia??FARAHIN..tp kami panggil inn je...mcm holiday inn tu..heeeee...judge ni jadi rock la pulak lepas mock trial...kesian dia sebab time mock trial dia tak boleh gelak sakan..dia kena duduk diam2..ala2 budak skema..so lepas mock trial inilah jadinya..haha


ni barisan2 pelakon mock trial kami..ada lagi..tp yang lain dok sibuk bergambar...dari hujung sebelah kiri(tengku rozaini,inn,kema,khairul asri)..depan ialah aku and fiza...team members memang semua heaven habis..sporting and gila2...happy glerrr...


Peguam Respondent 1 and 2...fiza and me...heee..gambar poyo..

Eh2...gambar ni senget plak...gempa bumi ni time ni..haha


ni team members lelaki...sangat pandai berlakon..oh tidak lupa juga buat lecturer BM perundangan kami iaitu En. Kamaruddin P. Mohd yang disayangi...dia bagaikan seorang ayah kepada kami semua....hensem2 tak budak2 ni???sapa cakap hensem,memang kena pakai glasses yg power 300++..haha


team members perempuan..cun2 tak kawan2 aku??haha..tambah2 yang pakai shawl warna warni tu...phewwwwwww~~~
apsal muka aku macam ni???sebabnya aku mengantuk time ni...tak tidur semalaman..sebab sebelum mock trial ni aku ada test constitutional law..subject yg paling aku abaikan untuk sem ni..tapi besssss..hehe....lepas mock trial,aku ada presentation lagi..memang jadi kungfu panda la aku minggu tu..haha



orang ni nama dia Hafizul..tapi kami panggil dia PJOE je...watak dia dalam mock trial??dia bawak watak sebagai seorang saksi bagi pihak appellant...nama dia dalam watak tu ialah Wan Khairul...status???tak single and not available okay..haha...haa lupa pulak..aku tak panggil dia PJOE...tp aku panggil dia LOBO...sedap kan name tu??haha



perbicaraan sedang berjalan..hakim pun muka serius memanjang..haha



sapa tu yang tengah soal saksi???sapa lagi..aku laaa..heeeee...



ooo..ni adegan angkat sumpah oleh saksi...bailiff tengah ajar saksi angkat sumpah..saksi ni nama betul dia Khairul Asri....nama tipu dia plak Wan Mohd Don....haha..veteran..time ni saksi dok buat2 gatak nak tackle bailiff...saksi ni baget mat romeo la..haha...status??same with PJOE...tak available...haha




ni posing poyo PJOE,lan and saufi....senyum kambing pulak..haha..thanx to pjoe and lan sebab sanggup tolong aku dalam menjayakan mock trial ni...dah la engineering student..tiba2 je join budak law..haha..sekali sekala kan...chill lah!!



peguambela tertuduh sedang menjalankan pemeriksaan kepada saksi..



ok2....ni poyo saja..berlakon semata2..kami semua memang suka berlakon..tp x dapat jadi pelakon..sedihhh..haha

Tuesday, October 26, 2010

BE PROFESSIONAL PLEASE..:-)




Hello malaysians...ahaaa...today's topic???it's gonna be very related to the pic above...nowadays, as what we can see, many couples quarrel each other and they end up their relationships with just broke it up..because of what??i can made my own conclusion by saying that most couples end up their relationships because of the 3rd party..but now,who's the 3rd party???according to Oxford Advanced Learner Dictionary, 3rd party means bla bla bla..haha..i dont interested at all to know what does it mean.,,wasting time...

i feel very concern with this topic because it happens to me...i repeat...TO ME...hello the girlfriend of the friend of mine...please take note that i don't like your boyfriend..he's just my FRIEND till the end..i don't have any feeling towards him...NEVER...he's my friend..if he texts me, i just text him back as my friend...please bear in ur mind that i'll never ever ever ever have any feeling towards him..PLEASE....if I was destinied to fall in love again,please take note that your boufriend will never be my partner...so,please don't be too worry ok...be professional..hah,one more thing ,if i do really want him, i can have him at any time..but i'm not that desperate..i don't like him and i won't let him be my partner...so, don't always put the blame on the 3rd party..it might be your boyfriend who is the one who plays behind you...and it might also you yourself is the one to be blamed....nobody's PERFECT...don't trust your boyfriend too much..ahaaa..don't blindly trust what people
around you said about me..


some girls keep blaming the 3rd party while they themselves are all the same..they do play with other's boyfriend..this is reality...so,you have to accept it if other girls do the same to you..WHAT YOU GIVE YOU GET BACK..isn't it??haha...i know who i am..i'm an innocent girl who's the friend ofyour boyfriend..dont care about me..i can take care of myself and my dignity..you??jus take care of yourself and your relationship with him...BE PROFESSIONAL okay..i won't take your boyfriend..haha...i'm matured enough to think what is good and what is evil..OKAY???


PEACE NO WAR

:-)



Sunday, October 24, 2010

CIRI-CIRI LELAKI SOLEH

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:

  • Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
  • Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
  • Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.


copied from,

http://nurjeehan.wordpress.com

Saturday, October 23, 2010

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH...

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.


copied from,

http://www.balqishanum.blogspot..

Tuesday, October 19, 2010

B.E.N.G.A.N.G A.K.U......

Saturday, October 16, 2010

CLEANLINESS CULTURE...

last two weeks,i went for a super duper wonderful vacation with my lovely family members...where??langkawi...eh2 tulis english pulak..haha...i guess many of you much prefer to read in malay rather than english rite??so tulis in BM la...haha....lagipun nak cakap kedah kena la tulih BM Kn..haha...

ok...sekarang ni bukan nak cakap pasal pi bercuti tu..tapi nak cakap pasal budaya kebersihan yang dah makin pupus di kalangan "malay muslims" sekarang...seperti yang kita tau,Islam promotes us with cleanliness kan...kebersihan itu separuh daripada iman eh??kalau tak silap la..haha..ok fine...Islam suruh kita jaga kebersihan..but why malay muslims nowadays tak jaga kebersihan...honestly and frankly speaking,aku malu sangat dengan malay muslims yang tak tau jaga kebersihan...yang aku nampak,western peoples yang sangat menjaga kebersiha...orang melayu ni tau nak buat sampah je..buang sampah sana sini...

situasi 1: buka tingkap kereta then buang segala sampah yg ada dalam kereta ke luar tingkap..sungguh tak bertamadun dan tak bermoral...
ang
situasi 2: buka tingkap kereta lepas tu buang puntung rokok....biadap...tak dak moral....

situasi 3: makan dekat restaurant mana2 lepas tu biar je plastik,kotak makanan or cawan kertas tu atas meja makan...langsung tak sama dengan westerners...dorang kalau makan dekat mcD contohnya,dorang akan kutip dan buang semua sampah dalam tong sampah yang dah disediakan..memang la pekerja2 mcD tu ada untuk kemas..tp kita sebagai individu pun bertanggungjawab jugak untuk buang sendiri sampah2 tu...sumpah aku malu dengan mat saleh yang makan dekat situ sebab dorang ni pembersih...sejak hari tu,aku dah belajar satu benda baru....lepas makan sila buang sampah dalam tong sampah yg dah disediakan..

ok...itu sahaja...hehe...

jadilah masyarakat melayu yg bertamadun:)

kayant featuring nabiha..layannnnn

Friday, October 15, 2010

QUANTITY AND QUALITY..which one is more important??

today,i would like to express what is actually deeply hidden in my mind and heart...eh2...tulis english pulak.."tulis melayu la...kita kan orang melayu..."..haha,,ni mcm ala-ala perli punya ayat pun ada...kita kalau duduk dekat negara membangun ni,kena la sedar...nak majukan negara,kita as a resident kena la boleh communicate lebih dari satu bahasa kn..tambah2 ENGLISH.....english tu kn international language...so, tak salah kan kalau nk tulis anything in english..or speak english...adoi....ni la masalah orang melayu yg EXTREMIST...ya aku tau kita dah merdeka...tapi kita kena sedar yang kita perlu la tau bnyk bahasa,,bru negara boleh maju dri semua segi...but be balance la...english pandai,bm pun pandai..aku tak la pandai sgt tp boleh la jugak dri tak boleh langsung kn..thanx tu KUMON METHOD OF LEARNING and Sir Sham sebab ajar saya english..haha...alamak,melalut pulak..bukan nk crita pasal ni pun..tp nk cerita tentang SESEORANG bernama GURU BAHASA INGGERIS.

ceritanya bermula mcm ni..ada sorang teacher dekat sekolah cousin aku ni...sekolah rendah...cousin aku tu darjah 5...lepas dapat je result ujian bulanan bahasa inggeris,teacher tu pun dengan excitednya tulis balik skema jawapan untuk essay yang dia buat sendiri..so,cousin aku n student2 yang lain pun salin la...lepas tu dia bawak balik rumah...aku ni suka la check2 semua test paper dy..dy pun tunjuk la skema yang teacher dy bagi tu...alangkah terkejutnya aku..mcm nak runtuh dunia....seorang teacher berumur 30-an mempunyai grammar yang sangat tak okay...boleh dikatakan lintang-pukang..aku rasa cousin aku lagi terer dari dy...ada bukti..lepas TO,mesti la letak root word kn..but only in some special circumstances je boleh letak word yang bukan root word...contoh ayat teacher tu "SHE HAS TO RUNNING"...apa punya grammar ni??..aku risau btol bila dapat tau ada sorang teacher mcm ni ajar cousin aku..boleh rosak english cousin aku sebab teacher dy dah misled dy...she must be an expert in english la kn..dah nama pun ambik TESL...tak kan la simple grammar pun tak tau..adoi...mcm mana boleh grad TESL aku pun taktau...aku tak kisah kalau dy taktau bombastic words or grammar yg agak rumit..but this is SIMPLE GRAMMAR...i don't know la what to say..terkaku terus..lepas tu auntie aku yang ambik alih kumon dari ibu aku tu pun suka jugak check2 paper cousin aku ni..auntie aku pun sama la mcm aku...tak sangka grammar teacher tu seteruk tu...umur dah 30-an..mesti bukan fresh graduate kn..mesti dah lama jugak jadi teacher..u suppose to have good english la..u tu cikgu BAHASA INGGERIS..

ni plak perbualan cousin aku dengan teacher aku dalam class semasa dalam proses menyalin skema yang teacher tu buat sendiri..bukan skema dari sekolah...


(situasi i)

cousin: teacher, bukan half IN hour..tp half AN hour"

teacher: oh..betul ka??half AND hour ka?

cousin: bukan...

teacher: habis tu??

cousin: half AN hour...bukan half AND hour

see...simple english kan..dalam buku cerita kanak-kanak pun ada...i don't expect her to read english novels..but dalam buku cerita kanak-kanak pun ada...hmm pening...


(situasi 2)

cousin: teacher, synonym untuk enemy apa??english word lain selain dari enemy??

teacher: tak tau...cuba tengok kamus...

tengok!!!simple jugak tu..aku cakap dekat cousin aku mcm ni,"adik,pi suruh teacher adik tu dengar lagu lenka tajuk trouble is a friend..lagu lama tu..dalam tu ada word lain untuk enemy..it's FOE...foe tu maksud dia musuh la...then another word is rival..rival pun boleh"....aku tak kisah kalau lay man lain taktau semua ni..but she's an english teacher...patutnya semua tu kacang jela untuk dia...grad TESL kot...sejak hari tu,aku dah kurang expectation untuk cikgu2 mcm tu...mintak maaf..terpaksa luahkan....untuk kepentingan semua orang...aku takut cousin2 aku punya study rosak sebab ckgu2 mcm ni...sebab tu tajuk aku quality or quantity...aku tau ramai ckgu2 diperlukan skrg ni..tp please la...lagi mundur la negara kalau cikgu ramai tapi mislead students....untuk orang2 yang kurang exposure english dekat rumah,sekolah la tempat dorang blajar english..so please pity them...jangan malas tengok dictionary..aku mengaku aku pun tengok doctionary kalau aku tak tau maksud mana2 word...so that nanti english kita akan jd better..and kita pun tambah ilmu....there's no use for you to read articles,books,etc without knowing the meaning..baca tapi tak faham buat apa kan...aku ingt lagi apa yang ibu and lecturer aku pesan...kamus tak cukup satu kamus ja...at least you must have two dictionaries...one is BI-BM..and one more is BI-BI....then ur english would be better...

ok..that's all...tu jela aku nak cakap...tingkatkan mutu pelajaran negara kita....kita kan negara membangun...ok la..at least tak mundur..penat DR. Mahathir bawak naik nama malaysia ke mata dunia...tak kan kita nak tengok negara kita mundur balik kot....sebab ni la aku sokong dengan cadangan DR Mahathir pasal PPSMI tu..learn english and math in english....sebab nanti masuk university pun dah tak dak buku BM lagi..so it's better for our nation to be prepared!!!kita kena tau apakah SEBAB DR Mahathir buat semua ni..jgn pasal politics semua orang nak membantah apa yang beliau kemukakan...dia buat semua ni bersebab..sebelum bantah,kaji dulu..aku bukan nak berpolitik..sebab aku pun tak suka politik....

wassalam :-)

Monday, October 11, 2010

cuti2 langkawi...

ray-feeding...ikan pari ni berat dia 80kg plus...berat dari manusia...dasyat kan??


with ibu and nooya yang tersangatlah sporting..mengalahkan orang muda..time ni dekat restaurant tengah2 laut..best oooo..

kami lagikkk....tgok2....mata sapa paling sepet??haha..mesti la mata nooya..sebab tu dia pakai sunglasses..nak tutup mata sepet..hahahaah

eh2...kami lagikkk...kami terapung dekat tengah2 laut..pengalaman paling takboleh lupa..hehe


ni ikan buntal..masa dalam air dia tak sebuntal ni..haha..tgok2..mata dia macam marah..ikan ni beracun tau...tp comey..haha


haaa ni monyet jahat..boleh pulak lompat masuk dalam boat kami....orang bagi makan lepas tu nak lagi sampai naik atas boat orang..tak malu..naughty monkeys..haha..sebijik mcm monyet kat uia..

eagles are everywhere..hehe..we were feeding those eagles...amazing plus superb!


eagles ni datang dari bukit..bila orang bagi makan ja,dorang datang la...

sapa tu??awat dia buat muka excited??excited sgt sebab boleh bercuti and naik boat..haha


family yang sgt sporting...love all of ya!


kami berpoyo-poyoan..haha

turn aku poyo sorang2..time ni dekat pantai kok...


dok teringat coklat dekat kedai haji ismail group,hahahahah..ibu pulak tak habis2 dok ambik gambar pantai guna camera hp...


nooya senyum sampai nampak gigi..haha...tayang gigi putih la kunun..

tudia...semua excited..haha


ini tokwan kesayangan..ini ialah library bergerak..hahaha..pi mana mesti nak menulis...cucu takmau jadi macam tokwan..something wrong somewhere ni.hahahaha


ni pulak cuzzies aku yang kepoyooan..mentang2 apartment kami bertentang dengan swimming pool,i'm being used...jadi cameraman depa pulak...mcm2 action depa buat...ish3...

Sunday, October 3, 2010

Rutin Petang-Petang...

bila petang ja,aku and the gang akan pi jogging...takpun main basketball...tak pun gym..dah gym tutup sebab weekend,terpaksa la jogging kat luar ja...dah lama tak main basketball..sebab brothers poyo suka kacau tempat sisters..geram aku....pila maen kat tempat brothers...sibuk ja nak main kat tempat sisters....terbantut aktiviti aku...sapa nak join team memerang aku jom aaa.....tapi takmau yang lembik2 naaaa..satgi jatuh sikit masuk hospital pulak...haha...bulan 12 ni ada sports carnival..so aku and the gang mesti punyalah masuk futsal and basketball...jangan sapa2 sibuk okay nak wakil mahallah..hari tu tak mau sangat...jum3...join team memerang..tak cukup dalam 3 orang lagi...terbuka untuk sisters je okay!!!

ok2..tak larat tulih dah sebab aku and da gang nak pi stabaz..tak penah dengar??stabaz tu short form untuk stall and bazar..stabaz ni akan ada setiap kali waktu convocation..uia students panggil stabaz....mcm starbuzzzz je....haha...ok2...sayonara semua...see next time...here are some picasas...takmau tengok tak payah la tengok...bhahahhaaahhaahhaha...




ni gambar poyo aku...bila letih jogging,kena la posing poyo dulu kan..bru ada mood nak jogging lg..haha

yg pakai tudung pink tu,nama dia yana..aku jeles btol sebab dia kerempeng..haha..sorry dear




tengok!!!!dah peluh dah....penat ooo...




cooling down...tak lama lagi patah la pagar tu..haha




haaa..yang ni pulak kayak untuk students naik petang2...best ooo..aku dah penah try...tak tenggelam pun..terer dak??haha




ni plak dekat tempat hockey....brothers tak conquer so kami la conquer..padahal ni memang tmpt maen sisters actually..poyo je brothers...



haaaa...yang bangunan kaler kuning tu la mahallah aku(kalau tak silap la..haha)...cun kan scenery bilik aku..ngehehehehhehe




ooooo...air mineral tak boleh lupa....kalau tak nanti aku pengsan...tgok2..dah nak abes dah..tp yang tu yang dua hari lepas aku beli..purse pulak untuk aku beli fresh orange lepas jogging...




haaaa..ni kasut ashemmmmm sapa ni????curious.....tp sekali nampak macam kasut aku ja yang kaler coklat tu..memang sah!!!kasut aku...berkilat duhhhh sebab baru basuh..yang satu lagi tu baru busuk btol2..kasut alyaa tp yana pakai sebab dorg tukar kejap..