Thursday, December 20, 2012

Done with Hearing..Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat :)

Tahun terakhir study ni memang tahun yang sangat mencabar. waktu ni lah baru nak bersyukur dengan nikmat masa yang Allah bagi selami ni dan Allah suruh kita hargai setiap detik yang Dia bagi. Allah bersumpah, "Demi MASA,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beamal soleh". memang betul..waktu kita lapang, kita tak pernah nak hargai masa yang Allah bagi dan kita mula hargai masa yang kita ada pabila datangnya waktu sempit di mana kita mempunyai masa yang 'limited' untuk lakukan banyak benda pada dalam satu masa yang sama...manusia tak lari dari sifat alpa. saya ingat lagi ustaz dan ustazah pernah cakap, "manusia memang sejak azali lagi lalai dan alpa kerana asal nama manusia itu dari satu perkataan arab iaitu 'nasia' yang bermaksud lalai dan alpa. Jadi kita memerlukan sesama sendiri untuk terus saling mengingati agar tak terus lalai dan alpa dalam kehidupan harian..

ok kembali kepada tajuk post kali ni.. done hearing! hearing tu apa??? apodaa kamus ada buka lah. jangan malas-malas...haha...ok lah saya bagitahu kali ni sebab saya tahu tak semua orang ada kamus sebab tak mampu beli. tapi yang peliknya smartphone mahal mampu beli pulak..*tepuk dada tanya diri sendiri*. dan mungkin ada juga yang ada kamus tetapi malas ataupun tak ada MASA nak buka *padahal pergi tengok wayang main bowling berjam-jam ada masa pula kan* ...susah lah bila dah start membebel...haha..buka bebel tapi nasihat...

# Hearing = perbicaraan dalam mahkamah/ dalam kamar

Alhamdulillah dah settle semua hearing, assignments semua dah submit, tests semua dah habis. sekarang tengah tunggu carry marks dari semua lecturer sebelum ke final exam which is next weekkkkkk...Oh nooo next weekkkkkkkkk...why so early? rasa macam baru masuk semester saja...*itu sebabnya engkau tu tak gunakan masa dengan baik farah dina hamzah..haa kan dah kena setempek* ...hearing tu salah satu tugasan untuk subject Civil Procedure. Kami diminta untuk berlatih draft Writ Summons (Writ Saman), Statements of Claim (Penyata Tuntutan), Affidavits dan macam-macam lagi..seriously mencabar dan banyak guna masa...lepas dah habis draft dan dah bertukar-tukar documents antara Plaintiff dan Defendant, kedua-dua pihak akan hadir untuk perbicaraan dalam kamar. saya dan dua lagi kawan saya mewakili pihak Plaintiff dan pihak Defendant diwakili oleh kawan baik saya sendiri, Aainaa Liyana dan pasangan perbicarannya Husmar..boleh imagine tak kena lawan dengan kawan baik sendiri???kena professional lah peeps...dalam perbicaraan memang lah lawan tapi luar perbicaraan still kawan baik...we need to be professional...sekarang hearing dah habissssssss *tepuk-tepuk tangan*. Alhamdulillah...penatnya usah dikata...

ok semua jangan lupa doakan saya dan kawan-kawan dipermudahkan untuk jawab final exam yang akan mula lagi seminggu sahaja lagi....see you soon..

Wassalam...

lots of Love, Farah


Friday, December 14, 2012

Wanita & Karier

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus tinggal dan hidup di atas muka bumiNya ini...oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang diberi olehNya...kali ni, saya nak sentuh soal wanita dan karier. pasti korang semua pernah dengar ungkapan macam ni, "orang perempuan belajar lah tinggi mana pun last-last masuk dapur juga" ? pasti pernah kan? itu sudah tentu! walau setinggi manapun kita belajar, kita perlu ke dapur untuk masak dan buat air..hehe...mestilah kena belajar masak sebab nanti perlu masak untuk suami dan anak-anak..tak kan nak makan luar hari-hari? at least, dalam satu hari perlu la masak walaupun sekali...breakfast memang wajib sediakan untuk suami dan anak-anak..Tapi, itu semestinya bukan terhad kepada wanita sahaja..kaum lelaki pun perlu lah tahu memasak..at least pandai goreng telur, masak nasi, goreng ayam, ikan dan kuah sayur. kalau tak tahu, belajar...

tapi, saya tertanya-tanya. kalau wanita berkerja, sempat ke nak sediakan masakan semua tu. tak penat ke balik dari kerja nak masak untuk makan malam pula? lepas tu nak jaga anak-anak lagi. saya ada tanya pendapat lecturer saya yang mengajar subjek undang-undang keluarga tentang ini...dia cakap, kalau saya nak jadi lawyer, memang tak dinafikan sangat sibuk...masa untuk bersama keluarga pun terhad...jadi, saya tanya dia..."madam, as a lecturer, madam rasa madam sibuk sangat tak? madam ada masa yang banyak untuk spend dengan family tak?" dia jawab, "of course! lecturer punya time agak flexible..kalau u practice, memang busy" kemudian saya tanya lagi.."madam, apa pendapat madam kalau orang perempuan tak berkerja? takkan tak kerja kan..penat-penat belajar sampai 6 tahun untuk dapat degree, then tiba-tiba tak kerja...lepas tu kalaulah tiba-tiba suami meninggal dunia ataupun bercerai, tak ke merana lepas tu. at least kalau kerja, kita ada gaji sendiri dan masa depan kita terjamin".

lecturer saya jawab, sebab tu hadith pertama Rasulullah SAW, Rasulullah SAW sebut tentang niat. niat adalah tunjang utama segala perbuatan kita. kalau u niat belajar untuk kerja yang hebat, dah salah niat u...seharusnya niat untuk dapatkan ilmu yang dituntut dalam Islam. Dr. Harlina Siraj pernah kata kalau kita berniat kita berkerja untuk dapat gaji dan in case kalau satu hari kita bercerai atau suami meninggal, kita akan terjamin sebab ada gaji sendiri, itu adalah salah. Itu merupakan satu doa di mana kita seperti berkata dalam hati yang satu hari nanti kalau bercerai pun tak apa sebab dah ada gaji sendiri. kalau itu niat kita, satu hari nanti Allah akan makbulkan doa itu..Allah boleh ambil suami kita atau pisahkan kita dengan suami kalau kita yakin sangat yang kita mampu untuk hidup sendiri..niat perlu diperbetulkan. Lepas lecturer saya cakap macam tu, cepat-cepat saya sedarkan diri balik tentang niat saya tuntut ilmu dan niat saya tentang kerja..Jangan sesekali bermain dengan niat...

Lecturer saya jawab lagi, "seharusnya, u perlu berniat yang tujuan tuntut ilmu ialah untuk dapatkan redha Allah seperti yang dituntut dalam Islam.. Niat bahawa u bekerja untuk bantu orang sekeliling, untuk sebarkan ilmu yang u dapat, untuk contribute pada ummah dan untuk dapat redha Allah. itu yang sebetulnya". Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa wanita tempatnya ialah di rumah untuk didik anak-anak dan jaga kebajikan suami. Biarlah suami seorang sahaja yang bekerja dan cari rezeki. kemudian ada yang bertanya, bagaimana pula kalau wanita kerja untuk bantu suami dalam soal kewangan contohnya gaji suami tak mencukupi untuk menampung keluarga. Maka, jawapannya ialah, "pernahkah manusia berkecukupan?". Saya faham maksudnya..maksudnya, manusia ni, sebanyak mana rezeki yang dia perolehi, sentiasa tak cukup baginya. biarkah gaji sebulan RM 50K pun, mesti ada je yang tak cukup sebab lagi banyak gaji, lagi banyak benda nak beli, lagi banyak benda yang perlu dibuat dan menggunakan duit...Islam minta kita penuhi keperluan dan bukannya kehendak...kalau ada rezeki yang lebih, bolehlah penuhi kehendak hati.

Bagi saya, kalau wanita itu rasa dia perlu kerja untuk bantu ibu-bapanya (contohnya dia anak pertama dan datang dari keluarga yang kurang mampu), itu tidak salah. dan bagi saya juga, tak salah untuk wanita berkerja asalkan kebajikan keluarga tak terabai.. Jangan kerana kerja, anak-anak dan suami terabai...Lepas saya fikirkan dan pertimbangkan, saya mahu jadi pensyarah dan bukannya peguam..Ataupun kalau suami saya minta saya duduk di rumah, saya boleh. tetapi, bukan duduk sahaja tanpa buat apa-apa...saya nak buka nursery ataupun online business...Jadi,anak-anak dan suami pun tak terabai..insyaAllah... Auntie saya pernah kata, "Sekarang ni memang farah akan rasa eager nak kerja sebab dah dekat 6 tahun study then mesti rasa nak pegang duit sendiri. mesti rasa rugi belajar 6 tahun tapi tak kerja. Tapi nanti bila farah dah kahwin dan ada anak-anak, confirm farah akan rasa nak stop kerja dan duduk rumah jaga anak-anak...percayalah"..

ok, saya harap post kali ni dapat memberi pengajaran, jawapan kepada persoalan, dan kebaikan kepada sesiapa yang membaca. Wallahualam. 


# bila tengah berborak dengan lecturer sempat lagi madam bagitahu yang kalau ada sukakan sesiapa, bagitahulah dia. dia boleh jadi orang tengah. sekarang ni orang lelaki ramai yang pemalu dan takut...so,bila situasi macam ni terjadi, orang perempuan boleh mulakan dulu...tak salah kan. sedangkan Saidatina Khadijah pun melamar Rasulullah SAW..tak berdosa pun, tak haram pun..kita usaha, selainnya serah pada Allah.

Peace yoo!

love and regards, Farah