Monday, November 29, 2010

yang mana satu pilihan hati

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


copied from i luv Islam...

Sunday, November 28, 2010

Tom and Jerry

alahaiii..cutenya jerry bila dia buli si tom yang jahat tu..haha
jerry ni baik..walaupun tom buat jahat dekat dia,last-last dia selalu maafkan si tom ni...macam nak tangkap and bela je si jerry ni..hehe



macam budak2 kan tengok tom and jerry...tapi aku suka sangat3 tengok tom and jerry..time malam dekat astro ada la cerita ni...haha..suka tengok jerry kenakan tom....

cerita ni actually ada banyak moral values yang kita boleh belajar...just moral values tu semua tersirat..kena pandai-pandai pikir sendiri la...contoh morla value yang ada dalam cerita tu is kita ni kena pikir panjang sebelum nak lakukan sesuatu...then jangan pandang rendah dekat orang yang serba kekurangan...macam-macam lagilah..so,tanamkan sifat suka mencari moral values dalam setiap cerita yang anda semua tonton...jangan ingat tonton untuk seronok-seronok je ok...sambil selam minum air...tonton sambil jejaki nilai-nilai murni dalam cerita tu..



ok..that's all...no idea oready..hehe

cIk dIrEcToR


hye semua..bukan nak cakap yang sekarang ni aku jadi director or what..tapi nak cakap pasal manager olok2..siapa director olok2 tu??mesti la aku..haha...ni gelaran yang roomates and kawan-kawan bagi la..sebab apa??sebab aku suka comment semua cerita-cerita yang aku tengok..tambah-tambah cerita melayu la sebab orang melayu memang suka buat cerita yang kadang-kadang agak tak logik...bukan nak kutuk la,.tapi sebagai peringatan untuk masa depan...tapi sekarang ni cerita melayu pun dah agak up to date la..tak la tak logik sangat..

contoh comment yang keluar dari mulut aku...

comment 1: adegan dalam filem "santau";

"awat la yang wife dia tu tak ikut husband dia turun sekali...sat lagi kena kacau dengan hantu baru tau..ish..tak logik langsung"..

contoh comment 2: adegan dalam cerita "adamaya"

"ish,awat la yang si adam tu tak report polis je,..tak pun ambik perintah mahkamah so that dani takleh kacau maya dah..eeeiii..tak logik langsung"

contoh comment 3: adegan dalam filem "the real pocong"

"laaaa...awat la yang si wife tu berani sangat nak ikut hantu tu..anak dia pun sama...patutnya dah tau tu hantu,jangan la ikut..adoiii....si husband tu pun sama...tak percaya pasai apa tatau...ish..geram btoi...ada ka beli rumah dalam hutan..sangat tak logik..tak kan ada orang nak beli rumah buruk dalam hutan cmni punya...tak logik langsung"..

haha...tu lah..setiap kali tengok movie dengan aku je,mesti orang sekeliling akan perasan yang aku ni cik director olol-olok...haha..ada bakat ni nak jadi director..tapi takboleh..aku sayang bidang undang-undang...

ok tu jelah yang nak tulis pasal director olok-olok ni...see next time..


p/s>>>>>take care everyone..

Saturday, November 27, 2010

concert wan salmah and azhar :)


these kids were dancing very well..background song: sha la la...CUTE!!


oops...a bit blurrr...my salmah was dancing with her collegues...background song???JAIHO...english version...haha...very cute and funny...my lil salmah was higher than her dancing partner..haha...they were at the back...haha


my salmah,dekat belakang..tak clear sangat..they were singing lagu gemuruh..cute gler!



see.my azhar mcm pengantin tak ikhlas...haha...

wah3...pengantin baru yang bagai pinang tak terbelah...haha...my lil cuzzie azhar mcm org kena paksa kawin..haha

R.O.K.O.K @ C.I.G.A.R.E.T.T.E

Kamus oxford mendefinisikan rokok sebagai “a cylinder of tobacco rolled in tobacco leaves for smoking. Aku pulak mendefinisikan rokok sebagai PEROSAK!!!perosak akhlak,perosak kesihatan dasn perosak segalanya…boleh juga didefinisikan sebagai PEMBUNUH…cigarette is a culprit..yes,it’s a culprit!!no doubt…
Kenapa orang merokok??aku takde jawapan untuk soalan ni..tapi bila aku tanya dekat perokok, dorang cakap dorang merokok sebab nak hilangkan stress, nak Nampak macho and nak Nampak dewasa..haa satu lagi..dorang ada keinginan nak merokok..lepas try sebatang,sebatang lagi..lama-lama sehari sampai dua kotak dorang hisap..
Cuba bayangkan dah banyak mana duit dorang terbakar..bukan duit je terbakar, jantung pun terbakar…haha..eh silap..tak boleh gelak..tengah serius ni..ok, rokok sekotak maybe lebih 5rm kan??ok let’s say sehari sekotak..30 hari 30 kotak..30×5rm=150rm..ok tu kalau sehari sekotak..kalau sehari dua kotak, 30×10rm=300rm…fuhhh banyak tu duit terbakar..bagi dekat aku lagi bagus…boleh beli macam-macam and boleh Nampak abrang yang dibeli tu…jantung pun tak terbakar..
Senang je nak tau someone tu smoking or tak..bau badan and nafas pun dah boleh tau.berbeza dengan orang yang tak merokok..perokok-perokok ni kalau dorang pakai listerene sebotol besar lepas berus gigi pun still tak hilang bau tu…BUSUK….betul tak tipu…
Mesti ada yang cakap macam ni, “abang dia pun merokok nak nasihat orang pulak”..hmm exactly…abang aku pun merokok…so,aku tulis ni untuk semua la..tak kira la abang kandung ke,orang luar ke…SEMUA termasuk…khas untuk semua perokok…rokok ni bukan affect perokok je tau…orang yg hidu asap rokok tu berkali-kali ganda affected…mengikut kajian para saintis dan doctor,orang yang hidu asap rokok tu lagi cepat boleh MATI berbanding dengan perokok itu sendiri..so satu lagi eksimpulan yang boleh buat di sini..perokok-perokok ni pentingkan diri sendiri…SMOKERS=SELFISH….sekian..

Jom tengok kandungan dalam rokok..bawak-bawak lah insaf ye semua orang...peace~~~




Tuesday, November 23, 2010

Mari Menyahut Cabaran!!!

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup koranG?
MONEY..hahahaha

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

-handbag baru..hahaha...colour cheezy...

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

haha..lawak soalan ni...mesti la nak kawin dekat depan rumah sendiri...tema???tatau la..tak terpikir pun lagi

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

-nope...and i hope i won't involve in it again...FOBIA...haha

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

-selagi ada jodoh...selagi tu la..haha...macam lawak jugak soalan ni..

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

-dah tak dak nak jumpa buat apa kan??haha

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?

-text books criminal law..haha..by koh,morgan,clarkson and molly cheang..haha

8. Apakah nama penuh korang?

-Farah Dina bt Hamzah


9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

- my mum,of course..:)

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?

- Ahmad Deedat..tapi beliau dah kembali ke rahmatullah

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

-of course la..tak kan la nak suruh orang lain..haha..guna jari pun boleh..haha

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

-europe..please bawak please

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

-nak dua2...azhar,salmah,hanaa and irfaan..CEPAT!!!!(tiru mekni..haha
)



14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
MEKNI...

1)orange lover...oops almost forget..english novels lover too!
2)bakal kahwin dengan ADHAM..haha
3)orangnya comel..wewittttt


15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?

- 1)lappy
2)handphone
3)duit la..haha
4)kasut2 aku mesti la..haha
5)handbags


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

-1)lagu taylor swift
2)lagu taylor swift lagi
3)lagu taylor swift jugak
4)lagu taylor swift again
5)lagu taylor swift sampai bila2..haha..semua lagu2 dia la..tak kira yg latest or yg lama..semua layannn


17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

- 10 december....tahin lepas tak sambut..haha

18. 7 orang blogger yang korang nk tag

-malas nak tag..haha...mekni je rajin tag2 ni...hye miss TAG..haha

19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag.

-dah tak dak so tak payah story2 la kn??haha

Monday, November 15, 2010

25...oops..28 things you should know about me...hehe

1)as usual,my name is Farah Dina Hamzah...20 years old but going to be 21 this coming dec..hehe..currently studying in IIUM Gombak...ciri2 lelaki idaman??lol...main-main sajaaaa

2)i'm a very shy girl who was challenged by her mom to study law...how come a very2 shy girl gonna be a lawyer someday???so,i've to work hard..but as my friends are all supportive and sporting, they do help me a lot..i've changed a lot..dah tak malu2 dah..hehe.

3)i'm totally a sensitive one....inside and outside...haha..kulit sentitive, hati sensitive..aku tak boleh bergaul dengan semua orang tambah-tambah yang cakap lepas..aku boleh bergaul dengan certain-certain orang jela…

4)i'm most afraid of these two things...BLOOD and CAT!!!!!

5)kurang sabarr, cepat melenting,garang...kalau nak aku buktikan,jom keluar makan sama-sama..haha…aku tak suka waiter and waitress and annoying….buat kerja macam nak tak nak je..penuh dengan cirri-ciri orang malas…hmmmm..haa satu lagi..aku taksuka owner kedai yang tak tau nak layan customer elok-elok..orang melayu la selalunya…orang cina selalunya tak macam ni…mereka-mereka sangat menjaga pelanggan..sebab tu aku suka beli apa-apa barang dekat kedai cina..tambah-tamabh barang-barang hardware..

6)love to read english novels just like my dear IZYANI!!!hehe

7)i'm a basketball and futsal lover....jum dtg uia next sem,..ada match futsal and basketball...kalau nak tengok aku main,marilah datang uia ramai2...hahahah...

8)currently fall in love with DSLR...tgh kumpul duit nak beli..ni semua sebab ADAM...lepas tengok ADAM pakai DSLR,saya nak jugak...mcm nk tukar profession jadi photographer pulakkk..haha

9)pemaaf…cepat marah orang n cepat maafkan orang..tapi orang yg kena minta maaf dulu..hehe

10)seorang yang DEGIL and taknak mengaku kalah..ibu cakap,sejak saya ambik law ni,aku makin susah nak mengalah..selalu nak menang..orang cakap satu word,aku balas 10 words..haha…tapi ibu merestui kalau apa yang aku cakap tu benar2 belaka..haha…kedegilan aku tu telah disahkan oleh arwah ayah aku…arwah cakap dekat ibu, “I dah give up dengan anak kita yang sorang ni”..SEE…DEGIL kan??haha

11)aku nak sangat pergi Europe…tapi tak ada rezeki lagi kan..hmmmmm..nak kereta swift,nak bag harrods banyak2 dengan kasut BALLY…duit ooh duit..

12)susah nak cakap aku kau dengan orang…tambah-tambah yang baru kenal…hmmmm

13)suka mengkritik apa yang patut dikritik..aku tak suka hipokrit…bagi aku,kawan yang sebenar ialah kawan yang menegur setiap kesalahan kita..memanglah nak jaga hati..tapi selagi tak tegur,selagi tu lah orang tu ingat dia tak salah and tak pernah nak berubah…hmmm…setuju??

14)anak bongsu dari 3 beradik…and I’m the only girl….boring sungguh…nak KAKAK!!!!!taknak adik…haha..tapi nak cousin yang kecik-kecik banyak-banyak…nak yang gebu-gebu…hahahahah

15)dulu aku benci colour pink and purple…dulu suka hitam and brown je..but now, terminat pink and purple la pulak..so sekarang ada empat colour kegemaran…hitam,brown,pink and purple..ohhh tidak lupa …cream jugak…cream pun cantik~~

16)aku tak minum susu,tak makan mentega,tak makan cheese…haaaa…dasyat kan….ohh satu lagi…sayur pun tak makan..BAGUS kan??haha

17)seorang yang sangat PENAKUT….tidur malam tak boleh tutup semua lampu..tapi tu aklau tidur sorang-sorang jela..dekat hostel je brani tidur sorang-sorang..kalau balik rumah sorry ler…kalau dekat rumah,tidur dengan makcik..takpun dengan ibu….kalau dekat hostel,nak mandi pun kena ada orang teman…orang tu buat la apa yang patut dekat sinki..berus gigi buat kali kedua ke,cuci muka ke..janji kena keluar dari shower room skali dengan aku..haha..

18)malas baca surat khabar..ibu selalu cakap, “nak jadi lawyer mesti la kena tau all current issues”..haha..tak baca paper pun boleh tau current issues…roommates semua macam paper STAR,NST, and berita harian..haha…sambil makan sambil bincang pasal current news..

19)suka open table untuk discuss pasal sistem undang-undang di Malaysia..politik??kadang-kadang discuss jugak…hehe..tapi sket2 sajaaaa…

20)tak suka rokok, bau rokok and dekat dengan perokok…so jangan terasa hati la kalau aku tutup hidung time perokok-perokok tgh smoking…but aku paling taksuka orang hisap rokok dekat public area..PANTANG!!!

21)taksuka orang yang tak jaga kebersihan samada di rumah,tempat kerja,hostel,jalan raya and whatever…paling benci orang yang suka buang sampah merata-rata…selalunya dekat jalan raya la..

22)masa ambik lessen keta,aku kena repeat dua kali time ujian memandu JPJ..yang part bukit tu memang aku tak suka lah!!!habis duit…but now,bila dah ada lesen, asyik kena jadi driver…sket2, “farah,hantar tokwan pi muzium sat….farah, hantar tokwan pi masjid sat”..haha…takpa2…aku suka..dan demi tokwan tersayang…aku sayang tokwan,tok and semualah!!!

23)pernah in a relationship dengan seseorang..tapi jodoh tak panjang..nak buat macam mana kan…dengan sapa??jangan tanya!!haha….what is over will remain over.,..and now, aku dah kurang percaya dengan kata-kata lelaki…dah malas…buku-buku aku lagi handsome walaupun tak sebenarnya..haha…so,bab-bab jodoh semua aku serahkan dekat ibu and family..sekiann…

24)tak pandai melukis..boleh dikatakan FAIL la bab-bab lukis ni..aku tak creative..tapi aku suka decorate cards, bilik and macam-macam lagi la…decorate cara orang tak creative…haha

25)Lastly, aku minat sangat-sangat dengan taylor swift..bukan minat the way she dress-up..tapi minat dengan creativity dia…dia umur sama akulah.haha…she was born on 14th December..empat hari lewat dari aku…haha..aku minat dia sebab dia pandai buat lirik lagu..nampak bersahaja tapi best!!!!

26)nak lain dari orang lain la jugak..orang lain buat 28..TAK KIRA!!!nak buat 26 jugak…haha…hmm apa ye…aku ni suka tengok crita hantu..tak kisah la..hantu melayu ke,English ke, siam ke,jepun ke, indon ke…aku minat semua..tapi lepas tengok tu,semua orang kena tidur dengan aku…kawan-kawan perempuan la…tak kira..satu katil lima orang pun tak jadi masalah…yang penting aku tak takut..haha….kalau aku takut,aku pilih port tengah..hahaha….haa lagi satu..aku suka main game PACMAN and HANGAROO…haha..aku suka dengar kangaroo tu bebel panjang-panjang…comel~~~haha..

27)aku suka budak2 kecil..tambah-tambah yang gebu-gebu..haha..haa lagi aku selalu mimpi benda pelik2..haha

28)aku pemegang IC keempat...I.C aku hilang tiga kali..hahahah..time SPM skali,lepas SPM dua kali..


ok sekian...hehe



Wednesday, November 10, 2010

MERDEKA..heap heap hooray!!!!!

setelah tamat paper Constitutional Law, maka tamatlah exam aku untuk sem ni..heap heap hooray...kejap je kan..dah habis satu sem..pejam celik pejam celik dah empat bulan berlalu..

exam td macam mana??haha..ok la..not bad..soalan tak susah..senang pun tak..sederhana je kot..aku boleh jawab tapi tak la confident sangat..hope dapat result okay la..aminnnn..tadi masa jawab exam,aku memang dah nak pengsan sangat-sangat..aku tak breakfast..lepas tu tido pun 3 jam lebih je kot..pagi tadi aku minum nescafe 3 in 1 lepas tu perut aku kosong takdak makanan...bagusss...exam pukul 9 pagi then habis pukul 12...memang lapar sangattttttttttttttttttt...tak breakfast..padan muka..kan dah nak pengsan..aku takut kalau aku pengsan,abes la paper aku tak score..masa nak pengsan tu,aku tengah buat soalan last skali..lima belas markah...dah la final exam semua soalan essay...sampai 4 soalan plak tu....satu soalan nak kena jawab at least 3 pages..pening~~~~...masa nak pengsan tu,aku hentak-hentak kaki,genggam tangan,picit kepala..macam-macam aku buat...abang yang jaga exam hall pun pun pelik tengok aku tadi..amsa tu aku memang tulis isi yang penting je dulu..siap satu page setengah...tinggal lagi 30 minit sebelum time tamat..aku picit-picit kepala kejap...lepas tu tarik nafas panjang-panjang..lepas tu aku sambung menulis...alhamdulillah..siap jawab semua...nasib baik tak pengsan..alhamdulillah...lepas exam aku terus pegi cafe dekat kulliyyah beli breakfast...

lepas breakfast,aku and yana terus pegi JJ wangsa maju..aku dah plan nak keluar makan nandos dengan yana,kak zharif and kaklin...fuhhhhh..sedap whoaaaaaa....tension exam kan..kena lah enjoy lepas tu..tapi tak la enjoy sangat sebab bila dah habis sem ni,poket pun keringgg..hahahah..macam-macam nak beli tadi...tapi semua nak kena postpone..next sem baru boleh beli....nak beli kasut,baju,pants,cardigan,buku comel,and semua yang comel2 la..haha...malam ni nak buat apa??mesti la nak tidooooo..haha...nak cover tido yang tak cukup tu...tapi sblum tu nak tengok movie yang tak tertengok lagi...ok la..tu jelah nak crita...kepada mereka-mereka yang tak habis exam lagi,selamat berjuang lah ye..hahahahah(gelak jahat plus comel)...


mood:balikkkkkkkk kedahhhhh....nak pi tolong mangsa banjir...doa-doakan la airport Alor setar dah bukak..flight aku esok malam..kalau tak bukak,kena delay la..takpun turun dekat penang lepas tu ibu kena pegi ambik dekat penang..:((..tapi setakat ni firefly tak text or email..maksudnya tak tukar date and time la kot..insyaAllah..amin...

Subang-Alor Setar = 7.40 pm...weee~~~~~~


jom2 tengok gambar yang sempat di capture..hehe



aku and yana..perasan tak muka aku macam pucat sikit??time ni memang aku lemah tak bermaya...nasib baik tak pengsan..tapi lepas dapat makanan tu,aku tak lemah dah..hahaha



Kak zarip and Kak Lin....senpaiku or otaiku yang sangat happening..haha



alalalala comeynya dua-dua....dorang dah nak grad:((..sedih oooooo...


kak zarip khusyuk makan..haha...
yana control ayu!!haha..
ooo..itu dia hot peri2 punya sauce..sedapppppp

Monday, November 8, 2010

From where my Kulliyyah Aikol got its name??

Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim



Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim B.A., M.A., LLD. a.k.a. Ahmad bin Mohamed Ibrahim (b. 12 May 1916 Singapore - d. 17 April, 1999, Gombak, Malaysia). Educated at Victoria Bridge School, Raffles Institution, Raffles College, and Cambridge University where he graduated with first class honours in economics and law. Appointed a Singapore Magistrate in 1946, District Judge and Magistrate in 1955, he became Singapore's first State Advocate General in 1959, and Singapore's first Attorney-General in 1966. He was awarded the Honorary Degree of Doctor of Laws (LL.D) from the University of Singapore on 5 June 1965. Known to the law fraternity as an expert on Muslim law, he drafted the Administration of Muslim Law Act which revamped the Syariah Court's jurisdiction, and established the Islamic Religious Council of Singapore. From 1969 he worked in Malaysia as Professor of Legal Studies at the Faculty of Economics and Administration, University of Malaya, next as Dean of the Faculty of Law, University of Malaya, and then as Sheikh and Dean, Kulliyyah of Laws, International Islamic University, Malaysia.

Early life
Born in Singapore on 12 May 1916, he was educated at Victoria Bridge School, Raffles Institution and Raffles College Singapore, where in 1935, he graduated with an Honours London Bachelor of Arts, External degree. In 1936, he won a Queen's Scholarship, to study at St. John's College, Cambridge University, which he completed in 1939, with first class honours in Economics Tripos I, and Law Tripos II, and graduated with a B.A. (Cantab). While at Cambridge, he won the George Long Prize for Roman Law, and was exhibitioner, scholar and McMahon Law student of St. John's College. He obtained the Certificate of Honour, in the Bar Final exams, Middle Temple, London. Was called to Bar Middle Temple in November 1941.

Career highlights
1946 : Became a Magistrate in Singapore.
1947 : Made a District Judge.
1948 : Left Civil Service, became a Law lecturer at Raffles College.
1949 - 1955 : In private practice and served as Municipal Commissioner, and was a member of the Rural Board.
28 February 1955 : Appointed District Judge and Magistrate and returned to the Civil Service.
1956 : Made Crown Counsel and Deputy Public Prosecutor.
1959-1963 : Singapore's first State Advocate General
1963-1969 : Singapore's first Attorney-General
1965 : Master of Arts degree, Cambridge.
5 June 1965 : Awarded the Honorary Degree of Doctor of Laws (LL.D) from the then University of Singapore (today's National University of Singapore.
1966 : Drafted The Administration of Muslim Law Act which revamped the Syariah Court's jurisdiction, and established the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS).
1967 : Senior Crown Counsel
1967 : Singapore's Ambassador to the United Arab Republic, and Singapore's Ambassador to the Republic of Egypt
1968 : As the Finance Ministry's legal consultant, his name came up in Parliament when a Member of Parliament questioned why Professor Ahmad was paid more as a legal consultant than a Cabinet minister. Dr Goh Keng Swee, who was then Finance Minister, replied that Professor Ahmad was a legal authority of international eminence. His high remuneration was aimed at keeping him there.
1969 : Resigned from the Singapore Government after 22 years service. He wanted to work in Malaysia and joined a Kuala Lumpur law firm.
1969-1972 : Professor of Legal Studies at the Faculty of Economics and Administration, University of Malaya
1972-1983 : Dean of the Faculty of Law, University of Malaya
1983-1999 : Sheikh and Dean, Kulliyyah of Laws, International Islamic University, Malaysia.
1984 : Professor Emeritus, University of Malaya
7-9 August 1998 : Attended the 2nd International Islamic Unity Conference at Washington, D.C., as Tan Sri Datuk bin Mohamed Ibrahim, LL.D., Dean of the Faculty of Law, International Islamic University, Malaysia.

Vital contributions
He was a key player in the merger talks between Singapore and Malaysia in the early 1960s. He was also the legal expert in the Singapore delegation to the Malaysia Talks in London in 1963 which discussed independence from the British.

Former Senior Cabinet minister Dr. Goh Keng Swee, once described him as a man of "tremendous breadth and depth of intellect, whose ability as a legal draftsman is unsurpassed in this country".

Awards
5 June 1965 : Awarded the Honorary Degree of Doctor of Laws (LL.D) from the then University of Singapore (today's National University of Singapore.
Malaysia Awards
1974 : Johan Mangku Negara (J.M.N) was presented by His Majesty the Yang Dipertuan Agong of Malaysia.
1979 : Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (D.M.P.N) with the title of Datuk, given by the Yang Dipertua Negeri of Pulau Pinang
1979 : Received the Allama Muhammad Iqbal Medal from the Government of Pakistan.
1987 : Panglima Setia Mahkota (PSM) by His Majesty the Yang Dipertuan Agong, with the title of Tan Sri.
1989 : Maal Hijrah Award
1992 : Tun Razak Award

Family
Ahmad Ibrahim came from a religious family.
Father: Mohamed Ibrahim, who was a very active in Islamic social and welfare activities.
Wife : Puan Sri Salmah Mohamed Tahir.
Children: Nine.

Death
Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim, aged 82, died of a heart attack at his home in Gombak, Malaysia, early 17 April 1999.

Tributes
President S.R. Nathan, who was former Director of the Institute of Defence and Strategic Studies, remembered being taught by Professor Ahmad in one law course. They met again during President Nathan's term as Singapore's High Commissioner to Malaysia in the late 1980s. President Nathan described him as friendly and approachable, and that "He wrote very well. He was very clinical in his approach and modern in his outlook."

Maarof Salleh, President of The Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) described the news of Professor Ahmad's passing as a shock, saying "He has contributed a lot to the Muslim community in Singapore".

Ahmad Ibrahim, the politician
There is another famous Ahmad Ibrahim, leading to many instances of confusion over these two personalities, especially when both played important roles in the development of Singapore. Older Singaporeans identify Professor Ahmad as Singapore's first Attorney-General. Whereas the other Ahmad Ibrahim was a politician and once a Minister of Labour, and then Minister of Health in Prime Minister Lee Kuan Yew's Government. This latter Ahmad Ibrahim was whom Jalan Ahmad Ibrahim and Ahmad Ibrahim Secondary School are named after.

Books written or co-authored by Professor Ahmad.
There are at least twenty books authored by Prof. Ahmad in the National Library.


proud to be Aikolians...Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws...

i's sooo proud with my late professor Ahmad Ibrahim:)

Thursday, November 4, 2010

four papers done!!!Alhamdulillah...2 more to go..yeah!

ini paper UNGS....aku da renyukkan sebab soalan ni satu page je..so boleh terus lipat masuk dalam bag..hahah...doakan aku dapat A untuk subject ni..boleh cover subject2 lain..insyaAllah...amin...



ni plak paper core course...family law...haaa ni subject killer....doakan aku pass and dapat result yg ok..aminnn..takutttttttt


ni plak paper subject paling killer..bru ja exam ptg td..fuhhhh..sakit tgn menulis...doakan aku dapat resultyg ok utk paper ni jugak ye...aminnn....takuttt extra..

haaaa ni plak tak dak keja..besa la..orang kalau tgh exam mesti buat perangai macam-macam kan..aku ni buat perangai nak pakai lab coat doctor..dapat jugak las2...weee~~~~ni posing before pi pasar malam




Alhamdulillah 4 paper sudah selesai...macam nak pengsan lagi sebab tak cukup tido...lepas ni paper 7 nov plak..so ada masa untuk cover tido ni..heheheheheh...doakan kejayaan aku ye kawan2...


lots of love:)

Wednesday, November 3, 2010

R.A.P.U.H by opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup ku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, November 1, 2010

Indahnya Wanita Solehah...tapi sungguh payah untuk menjadi wanita solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

copied from,

teratakimpian.blogdrive.com