Friday, December 14, 2012

Wanita & Karier

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus tinggal dan hidup di atas muka bumiNya ini...oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang diberi olehNya...kali ni, saya nak sentuh soal wanita dan karier. pasti korang semua pernah dengar ungkapan macam ni, "orang perempuan belajar lah tinggi mana pun last-last masuk dapur juga" ? pasti pernah kan? itu sudah tentu! walau setinggi manapun kita belajar, kita perlu ke dapur untuk masak dan buat air..hehe...mestilah kena belajar masak sebab nanti perlu masak untuk suami dan anak-anak..tak kan nak makan luar hari-hari? at least, dalam satu hari perlu la masak walaupun sekali...breakfast memang wajib sediakan untuk suami dan anak-anak..Tapi, itu semestinya bukan terhad kepada wanita sahaja..kaum lelaki pun perlu lah tahu memasak..at least pandai goreng telur, masak nasi, goreng ayam, ikan dan kuah sayur. kalau tak tahu, belajar...

tapi, saya tertanya-tanya. kalau wanita berkerja, sempat ke nak sediakan masakan semua tu. tak penat ke balik dari kerja nak masak untuk makan malam pula? lepas tu nak jaga anak-anak lagi. saya ada tanya pendapat lecturer saya yang mengajar subjek undang-undang keluarga tentang ini...dia cakap, kalau saya nak jadi lawyer, memang tak dinafikan sangat sibuk...masa untuk bersama keluarga pun terhad...jadi, saya tanya dia..."madam, as a lecturer, madam rasa madam sibuk sangat tak? madam ada masa yang banyak untuk spend dengan family tak?" dia jawab, "of course! lecturer punya time agak flexible..kalau u practice, memang busy" kemudian saya tanya lagi.."madam, apa pendapat madam kalau orang perempuan tak berkerja? takkan tak kerja kan..penat-penat belajar sampai 6 tahun untuk dapat degree, then tiba-tiba tak kerja...lepas tu kalaulah tiba-tiba suami meninggal dunia ataupun bercerai, tak ke merana lepas tu. at least kalau kerja, kita ada gaji sendiri dan masa depan kita terjamin".

lecturer saya jawab, sebab tu hadith pertama Rasulullah SAW, Rasulullah SAW sebut tentang niat. niat adalah tunjang utama segala perbuatan kita. kalau u niat belajar untuk kerja yang hebat, dah salah niat u...seharusnya niat untuk dapatkan ilmu yang dituntut dalam Islam. Dr. Harlina Siraj pernah kata kalau kita berniat kita berkerja untuk dapat gaji dan in case kalau satu hari kita bercerai atau suami meninggal, kita akan terjamin sebab ada gaji sendiri, itu adalah salah. Itu merupakan satu doa di mana kita seperti berkata dalam hati yang satu hari nanti kalau bercerai pun tak apa sebab dah ada gaji sendiri. kalau itu niat kita, satu hari nanti Allah akan makbulkan doa itu..Allah boleh ambil suami kita atau pisahkan kita dengan suami kalau kita yakin sangat yang kita mampu untuk hidup sendiri..niat perlu diperbetulkan. Lepas lecturer saya cakap macam tu, cepat-cepat saya sedarkan diri balik tentang niat saya tuntut ilmu dan niat saya tentang kerja..Jangan sesekali bermain dengan niat...

Lecturer saya jawab lagi, "seharusnya, u perlu berniat yang tujuan tuntut ilmu ialah untuk dapatkan redha Allah seperti yang dituntut dalam Islam.. Niat bahawa u bekerja untuk bantu orang sekeliling, untuk sebarkan ilmu yang u dapat, untuk contribute pada ummah dan untuk dapat redha Allah. itu yang sebetulnya". Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa wanita tempatnya ialah di rumah untuk didik anak-anak dan jaga kebajikan suami. Biarlah suami seorang sahaja yang bekerja dan cari rezeki. kemudian ada yang bertanya, bagaimana pula kalau wanita kerja untuk bantu suami dalam soal kewangan contohnya gaji suami tak mencukupi untuk menampung keluarga. Maka, jawapannya ialah, "pernahkah manusia berkecukupan?". Saya faham maksudnya..maksudnya, manusia ni, sebanyak mana rezeki yang dia perolehi, sentiasa tak cukup baginya. biarkah gaji sebulan RM 50K pun, mesti ada je yang tak cukup sebab lagi banyak gaji, lagi banyak benda nak beli, lagi banyak benda yang perlu dibuat dan menggunakan duit...Islam minta kita penuhi keperluan dan bukannya kehendak...kalau ada rezeki yang lebih, bolehlah penuhi kehendak hati.

Bagi saya, kalau wanita itu rasa dia perlu kerja untuk bantu ibu-bapanya (contohnya dia anak pertama dan datang dari keluarga yang kurang mampu), itu tidak salah. dan bagi saya juga, tak salah untuk wanita berkerja asalkan kebajikan keluarga tak terabai.. Jangan kerana kerja, anak-anak dan suami terabai...Lepas saya fikirkan dan pertimbangkan, saya mahu jadi pensyarah dan bukannya peguam..Ataupun kalau suami saya minta saya duduk di rumah, saya boleh. tetapi, bukan duduk sahaja tanpa buat apa-apa...saya nak buka nursery ataupun online business...Jadi,anak-anak dan suami pun tak terabai..insyaAllah... Auntie saya pernah kata, "Sekarang ni memang farah akan rasa eager nak kerja sebab dah dekat 6 tahun study then mesti rasa nak pegang duit sendiri. mesti rasa rugi belajar 6 tahun tapi tak kerja. Tapi nanti bila farah dah kahwin dan ada anak-anak, confirm farah akan rasa nak stop kerja dan duduk rumah jaga anak-anak...percayalah"..

ok, saya harap post kali ni dapat memberi pengajaran, jawapan kepada persoalan, dan kebaikan kepada sesiapa yang membaca. Wallahualam. 


# bila tengah berborak dengan lecturer sempat lagi madam bagitahu yang kalau ada sukakan sesiapa, bagitahulah dia. dia boleh jadi orang tengah. sekarang ni orang lelaki ramai yang pemalu dan takut...so,bila situasi macam ni terjadi, orang perempuan boleh mulakan dulu...tak salah kan. sedangkan Saidatina Khadijah pun melamar Rasulullah SAW..tak berdosa pun, tak haram pun..kita usaha, selainnya serah pada Allah.

Peace yoo!

love and regards, Farah



3 comments:

  1. lecturer mmg time flexible. tapi penat jugak sama mcm kerja2 lain. sbb kita bukan mengajar je, ada benda lain kita kena buat jugak. kalau kita, balik rumah, dah penat sangat2 dah, nak tidur je rasa. penaattttttttt. farah jadilah chef kita. hehehe. tolong kemas kan rumah jugakkkkkkkkkk.

    betul tu,. kalau niat kita kerja sebab takut suami tinggalkan, jadi satu doa. jadi kita betulkan niat kerja tu sebab apa. kan kan kan. meowww

    ReplyDelete
  2. tapi kalau kita jadi lawyer, lagi lahhhh sibukkkk dan tak banyak masa untuk family...silap2 sampai ke tengah malam duduk di office. then balik rumah bawak balik masalah orang lain sama..lepas ti tension-tension. setakat ni ok tak jadi lecturer?

    ReplyDelete
  3. kamu jadila lecturer hehe. ahh lawyer lg la tension kan. alhamdulillah ok hehe

    ReplyDelete